Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

31 December 2013

Tahun Baru Bakal Menjelma | Sweet 2013

Assalamualaikum semua :)
Cepatnya masa..Hari ni dah 31 Disember 2013
hari terakhir untuk tahun nie..
Goodbye 2013 yang membahagiakan  and welcome 
2014 yang penuh dengan sinar harapan :') 
Azam 2014 ai mestilah KAHWIN.

Hehe..eh tak tak fokus kerja dulu.
Kumpul duit, beli kereta dan yang paling penting kena kuruss dulu..
End of 2013 today.Setahun tu sekejap je kan?Selamat Datang 2014!:) 
Moga lebih banyak perkara yg indah dan baik untuk kita semua
 Moah Moah moah


  
  
  
  
  

Tahun depan , in Shaa Allah lagi banyak post pasal  LOvE...Hehe
Tak sabar nak menempuh tahun baru.
pejam celik pejam celik esok saja masanya...
tahun baru bakal menjelma...
yang penting angka umur tetap berubah..
tapi ai tetap sweet 19..Hee

Selamat Tahun Baru 2014 Masihi
buat semua..Moga negara Malaysia tetap aman, makmur
dan sejahtera senantiasa...

I love myself | you
:: hugs and kiss ::

28 December 2013

Favourite Long Skirt :)

Hai uOls....Sekarang trend kan pakai skirt labuh
dengan blous. ai sendiri rambang mata tengok tau..

tapi paling ai berkenan, skirt jenis pleats..
tampak elegan dan girlish sangat..suka-suka..hehe
Hadoii ai rambang mata tengok banyak kaler ohsem!




Cantikkan semua kaler nih... ;)
ai paling tak pandai pilih kaler..
Bila pilih dan beli, tengok orang lain pakai kaler lain..
terus rasa nak jugak. *tabiat membazir kan*
Mungkin pandangan mata nie nampak 
cantik bila orang lain yang pakai..huhu

Lepas ni nak grab lagi..nampak sopan dipakai 
semasa event, dan santai..Hikss

:: HuGs & kiSs ::

27 December 2013

Pre Wedding | Idea Props ❤

Hai semua..Terasa nak taip entri pasal pre wedding pulak kali ni..
Macam sweet kan ambik gambar dengan props cecomel.
Antara idea yang keluar antaranya adalah....

Idea Balloon


Idea yang sudah sinonim bagi B2B yang lain saya kira..tapi saya suka! Memang nampak sweet kat situ..

Idea Cotton Candy
Idea ni mcm comel kan..dulu lepas balik skolah selalu makan nih...Masuk dalam mulut dah cair..Wahh rindu nak makan nie...Rasa sweet!..So boleh la nak dijadikan prop...Hehe
Idea Lantern Ball
Jarang sekali orang guna Lantern Ball masa pre-wedding kan? Kebiasaanya orang guna masa majlis bersanding, resepsi atau dekorasi di bilik tidur kan? tapi apa salahnya mencuba kelainan.
Idea Lace Umbrella


Satu lagi idea yang menarik jika menggunakan lace umbrella..Berkongsi payung berdua sahaja sudah cukup menarik..Tambah payung tu tampak klasik sangat :'D
Idea "Save the Date”
"Save the Date" punya signage pun setiap B2B yang inginkan kelainan lain dari yang lain akan buat dan ada yang guna kad, small board dan macam-macam lagi yang kreatif uOls boleh buat..Hiks Yang kat bawah tu pun sweets!



Ok sebenarnya banyak lagi idea best2...
cukuplah ini ai share kan...Hoho

HuGs & kiSs..

25 December 2013

Hot! Trend Baju Pengantin 2013 | Emerald Green

Hai semua......
Mesti ramai bercuti kan? :) Biasalah perayaan ni Malaysia
sangat majmuk. Dan seperti biasa  musim cuti sekolah selalu dimanfaatkan
oleh orang Melayu semalaya untuk adakah majlis kawin..Hee

Untungnya makan nasi minyak sedap-sedap...
rezeki perut sambil cuci mata tengok baju pengantin dan pelamin.
Biasalah gegirl macam ai kan..Selalu sangat nak tgok design baju kawin 
dan kaler pilihan..Well! Woman think..

Ok sekarang nie rata-rata pengantin baru pilih baju
warna hijau zamrud / emerald green untuk majlis berbahagia diorang.
Sangat tau. Kerap sangat ai gi wedding mesti baju kaler nih..
trend warna baju pengantin 2013 kot..Wow!
Baju dan warna ala-ala wedding scha dan awal.
psst..baju kopipes dan google secara random je. Kredit dari pengantin 





yang last ni ala-ala baju scha dan awal jugak..songket..
tetapi warna je lain. Warna biru nak kehitaman..Cantik jugak!
so kesimpulannya..memang ramai kat fb dan instagram yang
pakai baju kaler ni time kawin..meletops. ;)

Ok kesempatan ni ai nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat
semua yang bergelar pengantin baru :'D
Selamat bercuti jugak..

:: HuGs & kiSs :

20 December 2013

Apa itu Corsage / Korsaj :)

Hai semua.....
ai terjumpa satu benda comel nie yang dipanggil korsaj..
tertanya-tanya apakah benda comei nih...
seakan-akan HB (HandBouquet) tapi lebih kecil dan comel ;)

So ni maksud yang ai jumpa kat uncle wikepedia...
Jadi tahulah ai yang corsage ni adalah sejambak kecil
 bunga dipakai ke atas pakaian wanita
 atau dipakai di pergelangan tangannya.
Di sesetengah negara, korsaj yang dipakai oleh ibu-ibu 
dan nenek pengantin perempuan dan 
pengantin lelaki pada majlis perkahwinan..

Bunga dipakai pada pakaian atau pergelangan tangan 
seorang wanita muda untuk perayaan sambutan kepulangan itu 
atau lain-lain majlis-majlis rasmi seperti prom di sesetengah sekolah di seluruh dunia...

Kat negara Malaysia ni pun boleh guna corsage untuk majlis kawin..
sbb ramai he ai tengok diorang guna untuk dayang-dayang
yang bawa hantaran dan flower boy dan flower girl..ngee
kalau mampu dan nak kelainan apa salahnya ye tak ;)

File:Wrist corsage.jpg









Comel kan.... Siap siapa yang rahin boleh la DIY sendiri..Hee
kalau kat majlis kawin Melayu..
kita tengok diorang pakai kat baju tanda ahli keluarga
atau saudara terdekat pengantin...Hee

Baru la faham i uOls apa itu korsaj/corsage...
comel! Suka pulak tengok...
Ok lately tengok banyak sangat wedding...
rasa nak kawin pulak. Upss....
happy-happy selalu.... HuGs & kiSs

17 December 2013

Cara pemakaian selendang mengikut jenis muka :)

Hai semua!! Uols suka berfashion, mesti ada dan mesti tak kan. Ada sesetengah orang gemarkan benda yang “simple but nice’’. Ada juga yang “over fashion” so hari ni Ierah nak bagi tips untuk perempuan sahaja tau dalam memilih dan menggayakan pemakaian hijab (tudung) seperti selendang supaya bersesuaian dengan bentuk muka si pemakai. 

          Jika nak tahu muka terdiri dari beberapa bentuk yang menjadi impak kepada pemakai tudung jika tersalah pakai. Ciri-ciri muka ada 9.. Bujur, Bulat, panjang, Tiga segi keatas, Tiga segi kebawah, Segi Empat Tepat, Segi Empat Sama, LOVE” dan “DIAMOND.

Bentuk wajah , klik gambar untuk tumbesaran ;p
Bentuk wajah bujur

Sesiapa yang mempunyai bentuk sebergini sangat bertuah kerana hamper semua jenis selendang diinginkan untuk penampilan menarik.

Bentuk wajah Bulat
Mereka yang berwajah bulat atau tembam biasanya berisi dibahagian pipi perlu berhati-hati dalam memilih tudung dan cara lilitan selendang. Jika memilih tudung inner, pastikan jahitan sengkuap panjang sehingga hampir ke tulang rahang pipi.
          Tudung dengan sengkuap pendek tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan pipi yang tembam. Jika ingin menggayakan selendang, pastikan ia tidak dipakai terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk muka yang bulat dengan jelas.
          Sebaliknya, pakai sedikit longgar dan lipat dibahagian bawah tudung berdekatan tulang rahang pipi supaya bentuk wajah Nampak bujur. Bentukkan sedikit bahagian atas selendang dan pastikan ia tidak melekap pada dahi.
Bentuk wajah panjang
Jika bijak menyembunyikan kelemahan bentuk wajah ini ada yang akan menyangka kita memiliki wajah bujur.
          Bentuk wajah yang panjang boleh ditutup dengan memberi fokuc pada bahagian atas tudung. Bahagian atas tudung memain peranan penting bagi menukar bentuk wajah pajang seperti bujur.
          Cara paling mudah adalah dengan memakai tudung bahagian dalam atau jenis tudung yang melekap dan menutup dahi supaya bahagian berkenaan tidak kelihatan terlalu luas.
          Tidak menutup bahagian pipi dengan penuh kerana ia memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik sedikit tudung kebelakang hingga di bawah tulang rahang pipi untuk membantu menyembunyikan bentuk sebenar wajah.

Bentuk wajah petak
Ia menonjolkan bahagian pangkal rahang dan tulanh rahang yang lebih lebar manakala kawasan dagu tampak rata. Elak memakai selendang yang menampilkan dahi luas seperti selendang ala serban kerana kawasan tulang rahang yang bersegi akan jelas kelihatan.
Mereka disarankan untuk memakai selendang kerana cara ini mampu menyembunnyikan bentuk rahang yang bersegi.
Bentuk wajah segitiga
Memiliki dagu yang panjang, ditambah pulak dengan jarak pelapis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.
Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah  kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan sebelum menggunakan anak tudung seperti “hairnet”. Bagi bahagian alis terangkat menggunakan bahagian alis terangkat gunakan “headband” sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Gaya selendang harus menjurus ke gaya pintalan atau gaya lebih sesuai kerana dapat membuat rahang tampak lebih terbuka.

12 December 2013

Doa Indah ❤

Embedded image permalink

Ya Allah......

 bila Engkau mengetahui 

bahawa urusan ini baik bagiku, 

bagi agamaku

kehidupanku, dan kesudahan

 urusanku ini maka

 takdirkanlah ia untukku 

dan mudahkanlah, 

kemudian berikanlah berkat padanya..

Amin Ya rabbal alamin..



10 December 2013

Cubit Cubit Sayangg

Assalam. Hai semua...
dekat opis boring..So terasa nak up entri..
Selamat Membaca! :)



Boy : Saya sayang kot kat awak.
Girl : Buktinye mana?
Boy : Saya tak couple dgn awak.
Girl : Camtu eh?
Boy : Yelah. Tunggu 10 tahun lagi boleh?
Girl : Buat ape? 
Boy : Kite kawenlah. Tak nak kawen dengan saya ke?
Girl : Boleh jgk. Tapi kenapa 10 tahun lagi?
Boy : Saje. Tak boleh?
Girl : Ada saya cakap tak boleh?
Boy : Tak ada... 

10 tahun kemudian.

Boy : Buat apa kt sini? 
Girl : Shopping baju sikit. Awak buat pe?
Boy : Samalah. Baju ntuk sape?
Girl : Suami. Awak?
Boy : Untuk isteri.
Girl : Oh untunglah. Tengok sikit, cantik tak baju tu?
Boy : Mestilah cantik. Saya yang pilih kan.
Girl : Isteri awak tu cantik tak?
Boy : Cantik gyle. Tak boleh lawan la dengan perempuan lain.
Girl : Yeke? Bukti?
Boy : Nak bukti jugak ke?
Girl : Nak laaaa!


Boy ajak Girl ke satu tempat. 
Girl hanya ikut Boy dari belakang. 

Boy : Tadaaa! Cantik tak?
Girl : Eeee, gemuk!
Boy : Alaa buncit sikit je. Tetap cantik kot.
Girl : Gemuk jugak. Awak terima dia lagi ke?
Boy : Terimalah. Dia tengah pregnant anak saya kot.
Girl : Yeke? Patutlah perut buncit semacam je.
Boy : Well. Hehe
Girl : Dah berapa bulan?
Boy : Masuk bulan ni dah 5 bulan. Alhamdulillah.
Girl : Oh hmmm. Tunggu 4 bulan lagi, keluarlah baby tu kan.
Boy : Yupp. (peluk bahu Girl) Dahlah. Jom balik. 
Tak payah nak tengok cermin tu sangat. Awak tetap cantik bg saya. 
Tak kisahlah gemuk ke kurus ke..
Girl : Betul ?
Boy : Betul.
Girl : Bukti?
Boy : Ni saya teman awak shopping, beli baju untuk awak?
Girl : Lagi?
Boy : Sanggup tunggu 10 tahun demi hubungan kita. Sayanglah tu.
Girl : Okey, saya pun sayang awak juga. Jom balik......

The End.

06 December 2013

Inspirasi Veil Nikah :)

Hai semua si cantik dan si manis....
lama pulak tak terhapdate belog nih..
dah lama tak kongsi pasal weddingg..
alhamdulillah semalam ai dapat berita baik dari mr.yu..
ai jugak turut tumpang gembira.. *love!

Harap lepas ni dapat banyak lagi berita baik..Hikss.
Ok kali ni nak hapdate pasal veil nikah umumnya..
yang ai share nih adalah dari negara Barat..
suka tengok veil yang cantik..Menyerikan princess di
hari bersejarah mereka..teehee. Mula la nak verangan ai nih...
Jom cuci mata veil pilihan ai..yang bagi ai..Ohsem!





Psstt lepas ni ai hapdate veil Nikah Melayu ye sayanggs semua..
cantik semua kan? Meltingg...

:: HuGs & kiSs ::

02 December 2013

Nikmat Allah

Assalamualaikum....
Hari ni ai nak kongsi yang ai baca..
Boleh dijadiakan renungan bersama.. In Shaa Allah

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu... Ternyata si anak, dengan berkat kes
ungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan. Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya, sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang.

Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima... Sungguh... Bukan itu yang dihajatkannya. Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya, yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka... Apa makna semua ini??? Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan... Si anak memandang ayahnya. Terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.

"Ayah sengaja mempermainkan saya. Ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu. Bukannya ayah tak mampu untuk membelikannya. Sudah ayah... Bukan Al-Quran ni yang saya nak!" katanya keras.

Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah, tanpa memberi walau sepicing untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam
beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya. Memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya...

10 tahun berlalu...

Si anak kini merupakan seorang yang berharta, punyai syarikat sendiri, dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun... Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering. Panggilan daripada peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam, dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta.

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak... Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaan ayahnya, Al-Quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ, mengambil Al-Quran itu, membelek-beleknya dengan penuh keharuan...



Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari Al-Quran itu. Segugus kunci... Di muka belakang Al-Quran itu, sepucuk sampul surat ternyata dilekatkan di situ. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya... Nyata sekali, di dalam sampul surat itu, terdapat resit pembelian kereta idamannya... Dibeli pada hari konvokesyennya, dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah, tulisan tangan org yang amat dikenalinya selama ini tertulis: "Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku". Air mata si anak menitis deras... Hatinya bagai ditusuk sembilu... Penyesalan mula bertandang...

Namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati?
 
-Copyright WieyaRaudzi 2013-2017 By AiLullaby-